Sebenarnya doh donut, roti dan pizza lebih kurang dari segi rupa/bahannya. Kesemua doh ini bergantung pada kereaktifan yis. Yis dalam paket adalah yis yang tidak aktif. Ingat lagi tak, yis adalah sejenis mikroorganisma.
Konsep:
Mikroorganisma boleh hidup dalam beberapa keadaan dengan kehadiran:
- Air
- Udara
- Nutrien
- Suhu yang sesuai
- Keasidan yang sesuai
Untuk mengaktifkan yis, pastikan uolls "membenarkan" udara masuk ke dalam campuran yis. Jangan tutup bekas sebab perkara ini akan menghalang udara daripada masuk ke dalam campuran. Suhu air atau cecair (seperti susu dan majerin/butter yang dicairkan) tidak boleh terlalu panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas akan membunuh yis, suhu yang sejuk akan menyebabkan yis tidak aktif. Jadi, pastikan air/cecair betul-betul suam barulah masukkan cecair ke dalam campuran yis. Apabila yis sudah aktif, yis akan menghasilkan karbon dioksida (berbuih/foaming). Jangan letakkan garam ke dalam campuran yis kerana garam boleh membunuh yis (uolls perlu mematuhi syarat keasidan yang sesuai).
CAMPURAN TEPUNG
4 cawan tepung roti atau tepung gandum
garam secukup rasa
CAMPURAN CECAIR
1 cawan air suam
1 paket yis
1/2 buku butter yang dicairkan
1 cawan gula
3 biji telur
Cara-cara:
- Untuk campuran tepung, gaul rata tepung dan garam dalam mangkuk adunan.
- Untuk campuran cecair, pastikan air dan butter yang dicairkan dalam keadaan suam("suhu yang sesuai").Campurkan air suam, gula dan yis sehingga yis aktif dan dan berbuih. Selepas itu campurkan telur dan butter yang dicairkan ke dalam campuran yis dan kacau campuran dengan sebati.
- Campurkan campuran cecair ke dalam campuran tepung dan gaul sehingga rata dan uli tepung sehingga doh menjadi lembut. Miss uli menggunakan hand mixer sehingga permukaan doh lembut, cantik dan tepung tidak melekat pada mangkuk.
- Tutup adunan dengan rapat dan biarkan doh naik selama 20 minit. Selepas itu, tumbuk doh tadi untuk buang udara yang berlebihan. Bentukkan donut uolls menggunakan cetak donut dan letakkan donut pada loyang yang diletakkan baking paper di dalamnya. Biarkan donut naik selama 20 minit.
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160C selama 15 minit.
- Sapukan permukaan atas donut dengan butter yang dicairkan atau minyak dan bakar selama 10-15 min pada suhu 160C.
- Gaulkan donut uolls dengan gula pasir yang dikisar halus.
"Precaution":
- Donut : Yis, Butter, Tepung & Rongga Udara
- Sukatan tepung dalam resepi ini terlalu banyak kerana miss terlupa menyukat butter yang dicairkan. Jadi, uolls boleh kurangkan sukatan tepung kepada 2 1/2 cawan dan sukatan butter yang dicairkan kepada 3/4 cawan. Kurangkan sukatan air suam ke 3/4 cawan. Tambah tepung jika terlalu lembik.
- Hasil pembuatan donut daripada tepung roti berbeza daripada tepung gandum. Sila rujuk resepi Garlic Knot. Dengan menggunakan tepung roti, donut uolls lebih lembut walaupun sudah sejuk.
- Bentukkan donut secepat mungkin kerana doh menggunakan tepung roti liat. Ini akan menyukarkan proses pencetakan donut.
- Donut yang dibakar/goreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh juga dipanaskan. Jika menggunakan oven, panaskan semula donut pada suhu 160C selama 2-3 minit.
"Result":
Donut masih lembut dan gebu walaupun selepas 6 jam. Mungkin inilah rahsia Dunkin Donut, iaitu menggunakan tepung roti, haha.Good luck uolls!!Peace✌💃
No comments:
Post a Comment