Sebelum ini, miss selalu mengunjungi blog-blog orang lain , terutamanya blog yang berkaitan dengan masakan, DIY, dan "travelling". Tiba-tiba kali ini terlintas pula miss nak buat blog sendiri. Post yang pertama miss dah plan nak berkongsi dengan uolls resepi donut. Dah plan macam-macam, nak post itu, nak post ini. hahaha. Yelah, selalu juga miss buat experiment kat rumah. Jadi, miss plan nak kongsi ilmu dengan uolls.
Dengan ilmu yang kosong tentang blogger, miss excited nak buat/design blog. Sebenarnya senang je nak buat blog ni, 1 hari boleh siap tapi miss mengambil masa 3 hari untuk menyiapkan design,template blog ni. Hahaha, lama kan.
Perkara pertama untuk buat blog ni kita kena register dulu. DONE!! Lepas register boleh lengkapkan profile diri. Tapi, kalau tak nak share profile, tak lengkapkan profile pun boleh. No hal. Then, barulah boleh design blog. Pilih template. Mula-mula miss memang ada masalah dengan template ni. Pening kepala fikir. Sebabnya template yang miss pilih tu ada menu/pages yang sudah ada "specific name" kat situ. Menu yang miss nak letak kat blog ni lain dari menu yang ada pada template yang dipilih. Ok, jangan risau. Sebenarnya menu tu boleh di "edit", tapi waktu mula-mula miss buat blog ni, miss tak tahu macam mana nak edit. Memang kusut kepala,hahaha.
Oleh sebab miss tak boleh tukar menu, miss try design blog sendiri tanpa template dari blogger. Miss try guna software. Miss download free trial software. Dekat sehari lebih miss design. Lepas miss design , miss perlu export file ni ke blogger.com. MASALAH. Memang masalah, sebab miss tak boleh nak export ke blogger.com . Miss cuba export secara manual tetapi gagal kerana file xml dan images tak boleh di "upload" sekaligus. Miss boleh upload file xml tetapi miss kena edit file ni untuk masukkan url image untuk design tadi. Dah banyak kali study/search kat google, tapi masih tak faham macam mana nak letak url untuk image dalam file xml tu. Untuk design tadi, sebelum miss export, miss save file tadi kat folder. Bila miss cuba tengok balik images kebanyakan image ada watermark "trial". HAHAHAHAHA. Ini lah yang akan terjadi kalau uolls menggunakan free software lol.
Jadi, miss ambil keputusan untuk design blog from scratch, iaitu miss decide untuk buat coding untuk html dan css. html dan css ni adalah language dalam programming yang biasa digunakan untuk design websites. Ambil masa seharian untuk study html dan css ni. Miss suka bab coding ni sebab dulu masa menuntut di universiti pun miss ada belajar basic programming, C++. Bila dah siap study html dan css ni, bermacam-macam idea keluar.
Design asal untuk html dan css code |
Design bukan main, tapi bila miss try buat heading guna html code, apa yang miss design tu tak keluar pun kat blog..HAHAHAHA. Buat penat jek belajar html dan css, tapi takpa, ni semua ilmu, tak rasa membazir pun. Miss belajar benda baru. html untuk design web. css untuk styling yang kte design tu, seperti jenis font, colour, image.
Ok, bila dah penat fikir, miss try lagi sekali cuba guna template dari blogger.com. Akhirnya kali ni, miss berjaya design blog mengikut kehendak miss. hahaha. Punca kesilapan miss hanya pada "Advanced" pada template. Sebelum ni tak perasan link "Advanced" tu boleh edit blog header, title, dan sebagainya..hahahaha.silly me..Untuk menu, boleh cuba 'add gadget' dan pilih pages. Kalau nak senang, cuba google. Dont worry, google ada jawapan. Or boleh je tanya miss. Miss sudi menjawab, hehehe.
Sekian.
Harrah's Kansas City casino set to reopen later this year
ReplyDeleteHarrah's 구미 출장안마 Kansas City casino will 양주 출장마사지 reopen 영천 출장마사지 Tuesday, June 25 at 10 a.m. 사천 출장안마 PT. The company said it plans to reopen 부천 출장샵 the casino after being