|
Garlic knot |
Bahan yang paling kritikal dalam pembuatan roti ialah yis dan jenis tepung.
Konsep:
Yis digunakan untuk menghasilkan karbon dioksida. Penghasilan karbon dioksida menyebabkan penghasilan rongga-rongga udara di dalam roti dan menyebabkan doh roti naik .
Tepung yang digunakan dalam pembuatan roti ialah tepung roti atau bread flour. Tepung roti berbeza dengan tepung gandum dan tepung-tepung yang lain dari aspek kandungan protein. Kandungan protein dalam tepung roti lebih banyak daripada tepung-tepung yang lain. Penggunaan tepung roti memberi kesan pada tekstur doh. Doh yang menggunakan tepung roti adalah lebih lekit, kenyal, lembut dan ringan daripada doh yang menggunakan tepung gandum dan tepung-tepung yang lain. Dalam pembuatan roti, protein gluten terbentuk. Kualiti gluten dalam doh amat penting. Gluten yang terlalu lemah akan menyebabkan gelembung/rongga udara yang dihasilkan yis pecah dan akan menyebabkan isipadu doh berkurang. Gluten yang terlalu kuat akan menyebabkan doh terlalu tumpat kerana rongga udara tidak boleh berkembang. (Sumber: Roles of Gluten )
Bahan-bahan:
- 1 cawan air suam
- 1 sudu besar gula
- 1 paket yis
- 1 sudu besar minyak
- 2 1/2 cawan tepung roti/bread flour
- Serbuk bawang putih (garlic powder)
- 1/4 buku butter
- Garam secukup rasa
- Parmesan cheese (pilihan)
- Letakkan air suam, gula dan yis dalam 1 bekas. Kacau dan biarkan selama beberapa minit sehingga yis kembang atau berbuih.
- Sementara itu, dalam satu mangkuk adunan, campurkan tepung roti, 2 sudu garlic powder, dan garam. Gaul sebati.
- Selepas campuran yis kembang, masukkan minyak ke dalam campuran yis dan masukkan campuran ini ke dalam campuran tepung tadi.
- Gaul dan uli menggunakan tangan atau mixer. Lebih mudah jika uolls uli menggunakan mixer kerana doh roti ini akan menjadi sangat lekit dan kenyal. Jika uolls menggunakan mixer, pilih kelajuan yang perlahan, selepas beberapa minit, tukar kepada kelajuan sederhana untuk beberapa minit sehingga doh menjada gebu dan licin (doh tepung tidak akan melekat pada mangkuk).
- Tutup mangkuk dan biarkan selama 1 jam supaya doh naik.
- Selepas 1 jam, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil.
- Setiap bahagian kecil ini perlu dibentukkan seperti bentuk silinder atau tali. Kemudian, ikat seperti uolls ikat tali.
- Susun roti uolls dalam loyang yang dialaskan dengan baking paper, dan tutup roti anda supaya roti naik selama 1 jam.
- Selepas 1 jam, cairkan butter dan tambah 2 sudu besar garlic powder. Gaul sebati.
- Sapukan garlic butter ini pada setiap roti uolls dan boleh taburkan parmesan cheese pada setiap roti uolls.
- Bakar roti pada suhu 200C selama 10-15 minit. Jika permukaan bawah roti kurang kering, terbalikkan roti uolls dan bakar lagi selama 3-5 minit.
- Garlic knot/Simpulan bawang putih siap dihidang.
- Rasa roti menggunakan sukatan gula resepi ini kurang manis kerana gula yang digunakan sangat sedikit. Jadi, uolls boleh tambahkan sukatan gula untuk rasa lebih manis.
- Tekstur roti mungkin akan kering selepas sejuk kalau terlalu banyak rongga udara dalam doh. Miss sarankan uolls kurangkan tempoh masa kenaikan doh kepada 20-30 minit. Menggunakan resepi asal dan resepi donut yang sebelum ini menggunakan lebih daripada 1 jam untuk kenaikan doh, miss dapati tekstur donut/roti menjadi kering selepas roti/donut sejuk.
- Bagi uolls yang mudah kenyang, miss sarankan uolls kurangkan nisbah sukatan doh roti sebab miss makan tak sampai 5 ketul pun dah kenyang , haha. Nisbah sukatan resepi ini boleh buat 40 ketul garlic knot yang bersaiz sederhana.
- Berhati-hati apabila uolls sapukan butter pada roti kerana butter yang menitis pada loyang akan turun pada permukaan bawah roti/garlic bread yang akan menyebabkan permukaan bawah kurang kering. Untuk mengatasi masalah ini, terbalikkan garlic knot uolls dan bakar sekali lagi dalam oven pada 200C selama 3-5 minit.
# Kesilapan miss dalam pembuatan garlic knots:
- Doh terlalu naik (tekstur dalam roti elastik dan kenyal ketika panas tetapi kering apabila roti sejuk) - tempoh masa untuk kenaikan doh perlu dikurangkan.
- Sapuan garlic butter terlalu tebal - permukaan garlic butter kurang kering.
- Garlic knot kurang rasa ( terlalu sedikit sukatan garam dan gula) - sukatan garam dan gula perlu ditambah.
"Result":
|
Yis dalam keadaan aktif selepas beberapa minit |
|
Campuran yis digaul bersama minyak dan campuran tepung |
|
Doh roti diuli menggunakan hand mixer |
|
Doh roti ini kemudiaannya akan ditutup dan dibiarkan 1 jam |
|
Doh roti naik selepas 1 jam |
|
Rongga udara kelihatan dalam doh roti. MANTAP!! |
|
Doh tadi dibahagikan kepada beberapa bahagian |
|
"Roll" bahagian kecil tadi membentuk tali |
|
Cara mengikat garlic knot |
|
Ikatan garlic knot |
|
Garlic knots yang siap diikat |
|
Garlic knots yang dibiarkan 1 jam akan naik |
|
Garlic knot siap dibakar |
|
Garlic knots |
No comments:
Post a Comment