Monday, 25 July 2016

Ikan Selar Kicap







Resepi hari ini ikan selar kicap. Resepi ini berbeza sedikit daripada masakan kicap yang lain kerana menggunakan daun pandan.

Bahan-bahan:

  1. 10 ekor ikan selar/kembung
  2. 10 tangkai cili kering
  3. 10 biji bawang merah
  4. 1 biji bawang besar
  5. 5 ulas bawang putih
  6. 1 sudu besar jintan putih
  7. 1 sudu besar ketumbar yang ditumbuk
  8. 2 cm halia 
  9. 3 helai daun pandan
  10. 1-2 batang kayu manis
  11. 1 kuntum bunga lawang
  12. 2 batang bunga cengkih
  13. 1 biji pelaga
  14. Kicap
  15. Air asam jawa
  16. Kunyit/sebuk kunyit
  17. Garam
  18. Gula

Cara-cara:
  1. Tumbuk 2 cm kunyit hidup/ lumurkan serbuk kunyit bersama sedikit garam pada ikan dan goreng ikan sehingga kering.
  2. Gunting cili kering, basuh dengan bersih dan rebus dengan air sehingga lembut. Kemudian, cuci cili dan kisar cili bersama bawang merah, bawang putih, jintan putih dan ketumbar yang ditumbuk.
  3. Hiris halia.
  4. Tumis daun pandan bersama halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan pelaga sehingga naik bau .
  5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan masak sehingga naik minyak. Sementara itu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau supaya garam dan gula sebati dalam bahan tumis tadi.
  6. Tambahkan sedikit kicap dan air dan masak sehingga mendidih. Tidak perlu tambah dalam kuantiti yang banyak.
  7. Letakkan sedikit air asam jawa.
  8. Rasa bahan masakan dan tambah garam/gula/asam jawa jika rasa tidak menepati citarasa uolls.
  9. Matikan api dan masukkan ikan selar yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar yang dihiris bulat-bulat.
  10. Ikan selar kicap siap dihidang.

"Precaution":

  1. Masakan ini lebih sedap kalau kuah kicap tidak terlalu cair. Jadi, gunakan sedikit kicap sahaja hanya sebagai perasa. Kalau boleh, jadikan kuah kicap seperti kuah sambal. Kicap yang miss gunakan terlalu banyak, sebab tu gambar ikan kicap miss tidak seperti kuah sambal😂
  2. Kalau nak lebih sedap, boleh gunakan gula melaka/gula perang/brown sugar. Jika uolls menggunakan brown sugar, amount yang diperlukan lebih banyak sedikit daripada gula biasa kerana brown sugar kurang manis. Jika anda menggunakan gula melaka, hancurkan terlebih dahulu supaya mudah sebati dan tambah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan masakan uolls terlalu manis.
"Result":

Bahan tumis
Terkejut tengok mata ikan yang digoreng terjojol

Ikan selar kicap siap dihidang

Cili kering, bawang merah,bawang putih,
jintan putih dan ketumbar dikisar

Resepi asal : masam manis