Friday, 29 July 2016

Donut Bakar




Sebenarnya doh donut, roti dan pizza lebih kurang dari segi rupa/bahannya. Kesemua doh ini bergantung pada kereaktifan yis. Yis dalam paket adalah yis yang tidak aktif. Ingat lagi tak, yis adalah sejenis mikroorganisma. 

Konsep:
Mikroorganisma boleh hidup dalam beberapa keadaan dengan kehadiran:
  1. Air
  2. Udara
  3. Nutrien
  4. Suhu yang sesuai
  5. Keasidan yang sesuai
Untuk mengaktifkan yis, pastikan uolls "membenarkan" udara masuk ke dalam campuran yis. Jangan tutup bekas sebab perkara ini akan menghalang udara daripada masuk ke dalam campuran. Suhu air atau cecair (seperti susu dan majerin/butter yang dicairkan) tidak boleh terlalu panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas akan membunuh yis, suhu yang sejuk akan menyebabkan yis tidak aktif. Jadi, pastikan air/cecair betul-betul suam barulah masukkan cecair ke dalam campuran yis. Apabila yis sudah aktif, yis akan menghasilkan karbon dioksida (berbuih/foaming). Jangan letakkan garam ke dalam campuran yis kerana garam boleh membunuh yis (uolls perlu mematuhi syarat keasidan yang sesuai).

Bahan-bahan:

CAMPURAN TEPUNG

4 cawan tepung roti atau tepung gandum
garam secukup rasa

CAMPURAN CECAIR

1 cawan air suam
1 paket yis
1/2 buku butter yang dicairkan
1 cawan gula 
3 biji telur

Cara-cara:

  1. Untuk campuran tepung, gaul rata tepung dan garam dalam mangkuk adunan.
  2. Untuk campuran cecair, pastikan air dan butter yang dicairkan dalam keadaan suam("suhu yang sesuai").Campurkan air suam, gula dan yis sehingga yis aktif dan dan berbuih. Selepas itu campurkan telur dan butter yang dicairkan ke dalam campuran yis dan kacau campuran dengan sebati.
  3. Campurkan campuran cecair ke dalam campuran tepung dan gaul sehingga rata dan uli tepung sehingga doh menjadi lembut. Miss uli menggunakan hand mixer sehingga permukaan doh lembut, cantik dan tepung tidak melekat pada mangkuk.
  4. Tutup adunan dengan rapat dan biarkan doh naik selama 20 minit. Selepas itu, tumbuk doh tadi untuk buang udara yang berlebihan. Bentukkan donut uolls menggunakan cetak donut dan letakkan donut pada loyang yang diletakkan baking paper di dalamnya. Biarkan donut naik selama 20 minit. 
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160C selama 15 minit. 
  6. Sapukan permukaan atas donut dengan butter yang dicairkan atau minyak dan bakar selama 10-15 min pada suhu 160C.
  7. Gaulkan donut uolls dengan gula pasir yang dikisar halus.

"Precaution":
  1. Donut : Yis, Butter, Tepung & Rongga Udara 
  2. Sukatan tepung dalam resepi ini terlalu banyak kerana miss terlupa menyukat butter yang dicairkan. Jadi, uolls boleh kurangkan sukatan tepung kepada 2 1/2 cawan dan sukatan butter yang dicairkan kepada 3/4 cawan. Kurangkan sukatan air suam ke 3/4 cawan. Tambah tepung jika terlalu lembik.
  3. Hasil pembuatan donut daripada tepung roti berbeza daripada tepung gandum. Sila rujuk resepi Garlic Knot. Dengan menggunakan tepung roti, donut uolls lebih lembut walaupun sudah sejuk.
  4. Bentukkan donut secepat mungkin kerana doh menggunakan tepung roti liat. Ini akan menyukarkan proses pencetakan donut.
  5. Donut yang dibakar/goreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh juga dipanaskan. Jika menggunakan oven, panaskan semula donut pada suhu 160C selama 2-3 minit.

"Result":









Donut masih lembut dan gebu walaupun selepas 6 jam. Mungkin inilah rahsia Dunkin Donut, iaitu menggunakan tepung roti, haha.Good luck uolls!!Peace✌💃



Donut : Yis, Butter, Tepung & Rongga Udara

Post kali ini miss nak cerita beberapa siri kegagalan miss membuat donut yang akhirmya membuahkan hasil. TRY & ERROR.

Yis adalah bahan utama dalam pembuatan donut. Kereaktifan yis amat penting kerana ia akan membantu doh donut naik dan donut pun akan lembut. Apabila yis aktif, yis akan menghasilkan karbon dioksida.

Yis adalah sejenis mikroorganisma yang boleh aktif dengan kehadiran air,udara, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai.

Suhu yang sesuai ialah keaadan cecair apabila cecair adalah suam atau pada suhu bilik darjah. Untuk experiment yang pertama (first time buat donut), doh donut miss tak menjadi sebab miss menggunakan air panas. Pastikan uolls tahu bezakan suhu antara panas dan suam. Pastikan cecair betul-betul suam barulah boleh masukkan yis ke dalam cecair/campuran doh. Perlu diingatkan takat didih air ialah pada 100C. Jadi, suhu cecair yang suam adalah bawah 100C. Masukkan jari uolls ke dalam cecair tu, kalau jari boleh tahan lama dalam cecair tu tanpa rasa sakit/pedih, maka suhu cecair tu adalah sesuai untuk kereaktifan yis.



Udara juga perlu ada untuk kereaktifan yis. Miss gagal sebab selepas miss campurkan air dan yis bersama, miss tutup bekas. Ini akan menghalang udara masuk yang kemudiannya menghalang yis untuk bertindak balas.

Butter yang dicairkan akan dicampurkan ke dalam doh donut. Tetapi, ada satu masa miss malas beli butter. Miss gantikan butter dengan minyak. Perkara ini perlu dielakkan. Jangan sesekali gantikan butter dengan minyak kerana minyak akan mengubah tekstur donut. Daripada experiment menggantikan penggunaan butter dengan olive oil, miss dapati tekstur donut berubah. Walaupun donut lembut, tapi donut lembik. Tak bersemangat donut tu, macam hilang spirit lol.

Tepung yang biasa digunakan dalam resepi donut ialah tepung gandum. Untuk hasil yang lebih lembut, uolls boleh gantikan tepung gandum dengan tepung roti. Hasilnya MANTAP!!! Untuk memahami kelebihan tepung roti daripada tepung-tepung lain, uolls boleh jenguk resepi Garlic Knot

Saiz rongga udara menjadi aspek penting kerana ia menentukan tekstur donut apabila donut sudah tidak panas lagi atau dibiarkan lama/sejuk. Jika terlalu banyak atau besar rongga udara yang dihasilkan yis, tekstur donut akan menjadi kering dan keras apabila sejuk. Jadi, tempoh masa kenaikan doh perlulah sesuai supaya rongga udara yang dihasilkan tidak terlalu banyak atau besar. Tempoh masa kenaikan doh perlulah kurang daripada 1 jam.






SEMOGA BERJAYA!!

Thursday, 28 July 2016

Garlic Knot

Garlic knot
Bahan yang paling kritikal dalam pembuatan roti ialah yis dan jenis tepung.

Konsep:

Yis digunakan untuk menghasilkan karbon dioksida. Penghasilan karbon dioksida menyebabkan penghasilan rongga-rongga udara di dalam roti dan menyebabkan doh roti naik .

Tepung yang digunakan dalam pembuatan roti ialah tepung roti atau bread flour. Tepung roti berbeza dengan tepung gandum dan tepung-tepung yang lain dari aspek kandungan protein. Kandungan protein dalam tepung roti lebih banyak daripada tepung-tepung yang lain. Penggunaan tepung roti memberi kesan pada tekstur doh. Doh yang menggunakan tepung roti adalah lebih lekit, kenyal, lembut dan ringan daripada doh yang menggunakan tepung gandum dan tepung-tepung yang lain. Dalam pembuatan roti, protein gluten terbentuk. Kualiti gluten dalam doh amat penting. Gluten yang terlalu lemah akan menyebabkan gelembung/rongga udara yang dihasilkan yis pecah dan akan menyebabkan isipadu doh berkurang. Gluten yang terlalu kuat akan menyebabkan doh terlalu tumpat kerana rongga udara tidak boleh berkembang. (Sumber: Roles of Gluten )

Bahan-bahan:
  1. 1 cawan air suam
  2. 1 sudu besar gula
  3. 1 paket yis
  4. 1 sudu besar minyak
  5. 2 1/2 cawan tepung roti/bread flour
  6. Serbuk bawang putih (garlic powder)
  7. 1/4 buku butter
  8. Garam secukup rasa
  9. Parmesan cheese (pilihan)
Cara-cara:
  1. Letakkan air suam, gula dan yis dalam 1 bekas. Kacau dan biarkan selama beberapa minit sehingga yis kembang atau berbuih.
  2. Sementara itu, dalam satu mangkuk adunan, campurkan tepung roti, 2 sudu garlic powder, dan garam. Gaul sebati.
  3. Selepas campuran yis kembang, masukkan minyak ke dalam campuran yis dan masukkan campuran ini ke dalam campuran tepung tadi.
  4. Gaul dan uli menggunakan tangan atau mixer. Lebih mudah jika uolls uli menggunakan mixer kerana doh roti ini akan menjadi sangat lekit dan kenyal. Jika uolls menggunakan mixer, pilih kelajuan yang perlahan, selepas beberapa minit, tukar kepada kelajuan sederhana untuk beberapa minit sehingga doh menjada gebu dan licin (doh tepung tidak akan melekat pada mangkuk). 
  5. Tutup mangkuk dan biarkan selama 1 jam supaya doh naik.
  6. Selepas 1 jam, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil.
  7. Setiap bahagian kecil ini perlu dibentukkan seperti bentuk silinder atau tali. Kemudian, ikat seperti uolls ikat tali.
  8. Susun roti uolls dalam loyang yang dialaskan dengan baking paper, dan tutup roti anda supaya roti naik selama 1 jam.
  9. Selepas 1 jam, cairkan butter dan tambah 2 sudu besar garlic powder. Gaul sebati.
  10. Sapukan garlic butter ini pada setiap roti uolls dan boleh taburkan parmesan cheese pada setiap roti uolls.
  11. Bakar roti pada suhu 200C selama 10-15 minit. Jika permukaan bawah roti kurang kering, terbalikkan roti uolls dan bakar lagi selama 3-5 minit.
  12. Garlic knot/Simpulan bawang putih siap dihidang.
"Precaution":
  1. Rasa roti menggunakan sukatan gula resepi ini kurang manis kerana gula yang digunakan sangat sedikit. Jadi, uolls boleh tambahkan sukatan gula untuk rasa lebih manis.
  2. Tekstur roti mungkin akan kering selepas sejuk kalau terlalu banyak rongga udara dalam doh. Miss sarankan uolls kurangkan tempoh masa kenaikan doh kepada 20-30 minit. Menggunakan resepi asal dan resepi donut yang sebelum ini menggunakan lebih daripada 1 jam untuk kenaikan doh, miss dapati tekstur donut/roti menjadi kering selepas roti/donut sejuk.
  3. Bagi uolls yang mudah kenyang, miss sarankan uolls kurangkan nisbah sukatan doh roti sebab miss makan tak sampai 5 ketul pun dah kenyang , haha. Nisbah sukatan resepi ini boleh buat 40 ketul garlic knot yang bersaiz sederhana.
  4. Berhati-hati apabila uolls sapukan butter pada roti kerana butter yang menitis pada loyang akan turun pada permukaan bawah roti/garlic bread yang akan menyebabkan permukaan bawah kurang kering. Untuk mengatasi masalah ini, terbalikkan garlic knot uolls dan bakar sekali lagi dalam oven pada 200C selama 3-5 minit.
# Kesilapan miss dalam pembuatan garlic knots:
  1. Doh terlalu naik (tekstur dalam roti elastik dan kenyal ketika panas tetapi kering apabila roti sejuk) - tempoh masa untuk kenaikan doh perlu dikurangkan.
  2. Sapuan garlic butter terlalu tebal - permukaan garlic butter kurang kering.
  3. Garlic knot kurang rasa ( terlalu sedikit sukatan garam dan gula) - sukatan garam dan gula perlu ditambah.
"Result":

Yis dalam keadaan aktif selepas beberapa minit

Campuran yis digaul bersama minyak dan campuran tepung
Doh roti diuli menggunakan hand mixer

Doh roti ini kemudiaannya akan ditutup dan dibiarkan 1 jam

Doh roti naik selepas 1 jam


Rongga udara kelihatan dalam doh roti. MANTAP!!

Doh tadi dibahagikan kepada beberapa bahagian 

"Roll" bahagian kecil tadi membentuk tali

Cara mengikat garlic knot

Ikatan garlic knot

Garlic knots yang siap diikat

Garlic knots yang dibiarkan 1 jam akan naik

Garlic knot siap dibakar

Garlic knots

Resepi asal: Fifteen Spatulas

Monday, 25 July 2016

Ikan Selar Kicap







Resepi hari ini ikan selar kicap. Resepi ini berbeza sedikit daripada masakan kicap yang lain kerana menggunakan daun pandan.

Bahan-bahan:

  1. 10 ekor ikan selar/kembung
  2. 10 tangkai cili kering
  3. 10 biji bawang merah
  4. 1 biji bawang besar
  5. 5 ulas bawang putih
  6. 1 sudu besar jintan putih
  7. 1 sudu besar ketumbar yang ditumbuk
  8. 2 cm halia 
  9. 3 helai daun pandan
  10. 1-2 batang kayu manis
  11. 1 kuntum bunga lawang
  12. 2 batang bunga cengkih
  13. 1 biji pelaga
  14. Kicap
  15. Air asam jawa
  16. Kunyit/sebuk kunyit
  17. Garam
  18. Gula

Cara-cara:
  1. Tumbuk 2 cm kunyit hidup/ lumurkan serbuk kunyit bersama sedikit garam pada ikan dan goreng ikan sehingga kering.
  2. Gunting cili kering, basuh dengan bersih dan rebus dengan air sehingga lembut. Kemudian, cuci cili dan kisar cili bersama bawang merah, bawang putih, jintan putih dan ketumbar yang ditumbuk.
  3. Hiris halia.
  4. Tumis daun pandan bersama halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan pelaga sehingga naik bau .
  5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan masak sehingga naik minyak. Sementara itu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau supaya garam dan gula sebati dalam bahan tumis tadi.
  6. Tambahkan sedikit kicap dan air dan masak sehingga mendidih. Tidak perlu tambah dalam kuantiti yang banyak.
  7. Letakkan sedikit air asam jawa.
  8. Rasa bahan masakan dan tambah garam/gula/asam jawa jika rasa tidak menepati citarasa uolls.
  9. Matikan api dan masukkan ikan selar yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar yang dihiris bulat-bulat.
  10. Ikan selar kicap siap dihidang.

"Precaution":

  1. Masakan ini lebih sedap kalau kuah kicap tidak terlalu cair. Jadi, gunakan sedikit kicap sahaja hanya sebagai perasa. Kalau boleh, jadikan kuah kicap seperti kuah sambal. Kicap yang miss gunakan terlalu banyak, sebab tu gambar ikan kicap miss tidak seperti kuah sambal😂
  2. Kalau nak lebih sedap, boleh gunakan gula melaka/gula perang/brown sugar. Jika uolls menggunakan brown sugar, amount yang diperlukan lebih banyak sedikit daripada gula biasa kerana brown sugar kurang manis. Jika anda menggunakan gula melaka, hancurkan terlebih dahulu supaya mudah sebati dan tambah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan masakan uolls terlalu manis.
"Result":

Bahan tumis
Terkejut tengok mata ikan yang digoreng terjojol

Ikan selar kicap siap dihidang

Cili kering, bawang merah,bawang putih,
jintan putih dan ketumbar dikisar

Resepi asal : masam manis

Wednesday, 20 July 2016

Onion Ring

Resepi "onion ring" (tanpa cheese) adalah resepi yang sangat mudah. Prosedurnya sama seperti prosedur membuat cendawan goreng. Kerangupan "onion ring" ini bergantung pada serbuk penaik (baking powder). Miss pernah buat "onion ring" tanpa serbuk penaik yang tetap sedap dan rangup, tetapi teksturnya lebih rangup dengan penggunaan serbuk penaik. Daripada bebarapa sites (thank you mr google)  dapat miss ringkaskan konsep penggunaan serbuk penaik.

Konsep:
Serbuk penaik/baking powder diperbuat daripada karbonat atau natrium bikarbonat (baking soda) dan asid lemah. Serbuk natrium bikarbonat,NaHCO3 dan asid lemah(serbuk kering) akan bertindak balas apabila serbuk penaik dalam keadaan basah atau dicampurkan dengan cecair. Tindak balas yang berlaku apabila serbuk penaik dalam keadaan basah ialah tindak balas asid-bes. Natrium bikarbonat yang bertindak sebagai bes lemah akan bertindak balas dengan asid lemah. Kedua-dua bahan ini tidak akan bertindak balas dalam bekas serbuk penaik sebab kedua-dua bahan ini tidak bercampur. Apabila dalam keadaan basah/dicampurkan dengan cecair, tindak balas berlaku dan akan menghasilkan buih-buih karbon dioksida. Buih-buih ini akan mengembang dan akan menipiskan campuran tepung yang kemudiaannya menghasilkan tepung yang lebih rangup.
Dalam resepi ini, cecair yang miss gunakan ialah susu cair.

Bahan-bahan:
  1. 5 ulas bawang merah
  2. 3 cawan tepung gandum
  3. 3 sudu kecil serbuk penaik
  4. 6 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  5. 3 sudu kecil garam
  6. 2 biji telur
  7. 1/2 cawan susu cair
Cara-cara:
  1. Buangkan kulit bawang dan basuh dengan bersih. Kemudian hiris bawang bulat-bulat untuk membentuk "ring" dengan ketebalan sederhana.
  2. Pisahkan lapisan bawang satu-persatu.
  3. Dalam satu mangkuk, pukul telur dan campurkan dengan susu cair. Kacau sebati.
  4. Dalam bekas yang lain, campurkan tepung, serbuk penaik, serbuk lada hitam/putih, dan garam. Gaul sebati.
  5. Masukkan hirisan bawang tadi ke dalam campuran telur dan salut dengan campuran tepung.
  6. Goreng hirisan bawang yang disalut menggunakan menggunakan minyak yang panas sehingga sedikit keperangan.
"Precaution":
  1. Untuk mengelakkan pembaziran, kurangkan nisbah campuran tepung, serbuk penaik, serbuk lada hitam/putih dan garam. Miss gunakan 1 cawan tepung, 1 sudu kecil serbuk penaik, 1 sudu kecil garam dan 2 sudu besar serbuk lada hitam/putih. Seandainya campuran tepung tidak mencukupi barulah tambah lagi bahan-bahan ini menggunakan nisbah yang sama.
  2. Untuk memastikan "onion ring" uolls betul-betul rangup, "shake" hirisan bawang yang disalut tepung itu tadi. Ini untuk menyingkirkan tepung yang tidak diperlukan atau mngurangkan ketebalan tepung. Jika tepung terlalu tebal, keupayaan buih-buih karbon dioksida untuk merangupkan tepung akan berkurang. Buih-buih karbon dioksida yang terhasil tidak akan dapat mengurangkan/menipiskan tepung yang terlalu tebal.

Hasil:
Bawang yang sudah dibersihkan
      
Bawang dihiris mengikut
ketebalan sederhana



    
Bawang dihiris bulat-bulat

Campuran tepung,garam,serbuk
lada hitam,serbuk penaik



          
Campuran telur dan susu cair
Hirisan bawang dicelup ke
dalam campuran telur
                                                                                                                                                                  
    
Hirisan bawang disalut dengan tepung
     
Bawang digoreng
"Onion ring" siap

"Onion ring" sedap dicecah dengan sos dan apa-apa saja yang uolls suka.
Selamat mencuba! Yummy!!

Tuesday, 19 July 2016

Hi to Blogger

Sebelum ini, miss selalu mengunjungi blog-blog orang lain , terutamanya blog yang berkaitan dengan masakan, DIY, dan "travelling". Tiba-tiba kali ini terlintas pula miss nak buat blog sendiri. Post yang pertama miss dah plan nak berkongsi dengan uolls resepi donut. Dah plan macam-macam, nak post itu, nak post ini. hahaha. Yelah, selalu juga miss buat experiment kat rumah. Jadi, miss plan nak kongsi ilmu dengan uolls.

Dengan ilmu yang kosong tentang blogger, miss excited nak buat/design blog. Sebenarnya senang je nak buat blog ni, 1 hari boleh siap tapi miss mengambil masa 3 hari untuk menyiapkan design,template blog ni. Hahaha, lama kan.

Perkara pertama untuk buat blog ni kita kena register dulu. DONE!! Lepas register boleh lengkapkan profile diri. Tapi, kalau tak nak share profile, tak lengkapkan profile pun boleh. No hal. Then, barulah boleh design blog. Pilih template. Mula-mula miss memang ada masalah dengan template ni. Pening kepala fikir. Sebabnya template yang miss pilih tu ada menu/pages yang sudah ada "specific name" kat situ. Menu yang miss nak letak kat blog ni lain dari menu yang ada pada template yang dipilih. Ok, jangan risau. Sebenarnya menu tu boleh di "edit", tapi waktu mula-mula miss buat blog ni, miss tak tahu macam mana nak edit. Memang kusut kepala,hahaha.

Oleh sebab miss tak boleh tukar menu, miss try design blog sendiri tanpa template dari blogger. Miss try guna software. Miss download free trial software. Dekat sehari lebih miss design. Lepas miss design , miss perlu export file ni ke blogger.com. MASALAH. Memang masalah, sebab miss tak boleh nak export ke blogger.com . Miss cuba export secara manual tetapi gagal kerana file xml dan images tak boleh di "upload" sekaligus. Miss boleh upload file xml tetapi miss kena edit file ni untuk masukkan url image untuk design tadi. Dah banyak kali study/search kat google, tapi masih tak faham macam mana nak letak url untuk image dalam file xml tu. Untuk design tadi, sebelum miss export, miss save file tadi kat folder. Bila miss cuba tengok balik images kebanyakan image ada watermark "trial". HAHAHAHAHA. Ini lah yang akan terjadi kalau uolls menggunakan free software lol. 

Jadi, miss ambil keputusan untuk design blog from scratch, iaitu miss decide untuk buat coding untuk html dan css. html dan css ni adalah language dalam programming yang biasa digunakan untuk design websites. Ambil masa seharian untuk study html dan css ni. Miss suka bab coding ni sebab dulu masa menuntut di universiti pun miss ada belajar basic programming, C++. Bila dah siap study html dan css ni, bermacam-macam idea keluar.

Design asal untuk html dan css code

Design bukan main, tapi bila miss try buat heading guna html code, apa yang miss design tu tak keluar pun kat blog..HAHAHAHA. Buat penat jek belajar html dan css, tapi takpa, ni semua ilmu, tak rasa membazir pun. Miss belajar benda baru. html untuk design web. css untuk styling yang kte design tu, seperti jenis font, colour, image. 

Ok, bila dah penat fikir, miss try lagi sekali cuba guna template dari blogger.com. Akhirnya kali ni, miss berjaya design blog mengikut kehendak miss. hahaha. Punca kesilapan miss hanya pada "Advanced" pada template. Sebelum ni tak perasan link "Advanced" tu boleh edit blog header, title, dan sebagainya..hahahaha.silly me..Untuk menu, boleh cuba 'add gadget' dan pilih pages. Kalau nak senang, cuba google. Dont worry, google ada jawapan. Or boleh je tanya miss. Miss sudi menjawab, hehehe.

Sekian.